1. CARA MAKLUMAT PERIBADI ANDA DIGUNAKAN

Maklumat peribadi yang diberikan oleh pelanggan adalah untuk membuat dan mengemaskini akaun (iaitu: nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, alamat bil, alamat penghantaran dan maklumat kad kredit) akan disimpan di dalam fail peribadi di dalam laman web kami dengan selamat sehingga transaksi pembelian selesai. Maklumat kewangan pelanggan antaranya nombor kad kredit, tarikh luput kad kredit, alamat bil, dan lain-lain hanya akan digunakan untuk membuat bil maklumat produk dan perkhidmatan. Setelah pembelian selesai dan produk telah dihantar, segala maklumat kewangan akan dihapuskan.

2. E-MAIL PELANGGAN

Kami akan menghantar notis awal tentang jualan dan juga sebarang promosi daripada Sweetkad.com kepada pelanggan-pelanggan kami yanag mendaftar di laman web kami. Kami tidak akan menjual atau menyewa alamat e-mel pelanggan kepada syarikat-syarikat lain. Jika pelanggan ingin berhenti melanggan, sila e-mel kepada kami di director@sweetkad.com. Kami akan mengeluarkan nama pelanggan daripada senarai e-mel kami dengan segera.

3. PENGUBAHAN PRODUK

Pengubahan produk tidak dibenarkan. Para pelanggan tidak boleh mengubah tulisan dan reka bentuk kad. Jika para pelanggan ingin meletakkan gambar mereka, mereka perlu memberitahu semasa membuat tempahan.

4. REKA BENTUK DRAF KAD AKAN DIHANTAR MELALUI EMAIL SAHAJA

Setelah pereka kad kahwin kami selesai membuat kad kahwin para pelanggan, pereka kami akan menghantar e-mel kepada para pelanggan untuk mereka memeriksa susun atur, ejaan, peta rumah, saiz tulisan, jarak dan lain-lain perubahan. Jika terdapat perubahan pada kad kahwin, para pelanggan perlu memberitahu pereka kami dengan segera sebelum kad kahwin dicetak dalam kuantiti yang banyak. Pereka tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian para pelanggan jika ada sebarang kesilapan setelah diperiksa oleh para pelanggan.

5. HASIL REKA BENTUK KAD KAHWIN

Semua produk yang kami hasilkan tidak akan sama seratus peratus seperti di dalam computer. Semua produk akan terdapat sedikit perubahan sebanyak 5-10%.

6. PEMBATALAN TEMPAHAN

Tiada pembayaran diperlukan tetapi kami tidak akan mengembalikan deposit anda. Minimum deposit kami ialah RM100. Jika para pelanggan ingin membuat pembatalan setelah proses percetakan dibuat, pihak kami tidak akan mengembalikan bayaran yang telah dibuat.

7. PENAMBAHAN KUANTITI DAN PRODUK LAIN

I. Perubahan Tempahan Sebelum Pengesahan: Para pelanggan dibenarkan untuk membuat perubahan terhadap kad kahwin sebanyak DUA KALI SAHAJA. (JIKA TERDAPAT PERUBAHAN UNTUK KALI KE TIGA DAN SETERUSNYA, RM100 AKAN DI CAJ ). Selepas pereka kami membuat kad kahwin, mereka akan e-mel kan kepada pelanggan untuk mereka memeriksa sebarang kesilapan dan perubahan yang pelanggan ingin buat. Selepas pengesahan, pereke kami akan terus cetak kad kahwin anda. ***Pelanggan hanya boleh mengubah NAMA, MAKLUMAT PENGANTIN & PERKATAAN DEPAN KAD.

II. Perubahan Tempahan Selepas Pengesahan: Pihak Kad Kahwin Sweet Sweet tidak akan melayan jika terdapat sebarang perubahan MAKLUMAT yang ingin dibuat oleh para pelanggan selepas pengesahan. Kami tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kesilapan terhadap kad kahwin anda. III. Perubahan Tema Kad Kahwin: JIka pelanggan ingin menukar tema kad kahwin selepas tempahan pengesahan dibuat, mereka akan dikena kan caj sebanyak RM100.

8. KESILAPAN DARIPADA SWEETKAD.COM

Jika terdapat sebarang kesilapan yang dilakukan oleh pihak KAD KAHWIN SWEET SWEET, kami akan bertanggungjawab sepenuhnya.

9. KEROSAKAN PADA PRODUK

Jika terdapat sebarang kerosakan terhadap kad kahwin dan produk lain, para pelanggan boleh menukar nya dalam masa TIGA HARI SAHAJA. Sila bawa resit pembelian semasa membuat penukaran. Produk baru akan dikembalikan dalam masa TUJUH HARI BEKERJA.

10. TEMPOH PROSES & PERCETAKAN KAD KAHWIN

Setiap tempahan yang dibuat oleh para pelanggan akan mengambil masa selama 14 hari untuk membuat draf dan tujuh hari untuk proses percetakan.

11. TEMPAHAN EKSPRES

Jika pelanggan ingin membuat tempahan ekspres, caj tambahan akan dikenakan mengikut hari.

I. KAD KAHWIN SAHAJA SIAP DALAM MASA 3 HARI AKAN DI CAJ RM 200.00

II. UNTUK PRODUK LAIN SIAP DALAM MASA 3 HARI AKAN DI CAJ 30% DARIPADA HARGA ASAL

12. PENGHANTARAN

Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui pos (GDEX). Kos penghantaran berbeza mengikut berat dan lokasi penerima. Tempoh penghantaran adalah satu hingga tiga hari bekerja sahaja. Kami akan menghantar “tracking number” melalui sms/whatsapp.

13. POLISI PEMBAYARAN

I. Semua bayaran hendaklah diletakkan di bawah nama Dot to Dot Digital Image Sdn.Bhd menggunakan Maybank Islamic Berhad : 5624 1451 1967.

II. Para pelanggan yang membuat tempahan hendaklah membayar deposit sebanyak RM100 dan deposit tidak akan dipulangkan sekiranya para pelanggan membuat pembatalan.

III. Pembayaran sebanyak 80% perlu dibayar sebelum pereka menghantar kepada proses percetakan. Bayaran penuh perlu dijelaskan ketika mengambil barang.

14. Semua pembayaran tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan tempahan dilakukan.

15. Semua email perlu dinyatakan sekali bersama dengan “invoice number”.

16. Sebarang percetakan tidak akan dilakukan sebelum pelanggan membuat pengesahan.

17. Sebarang tempahan dan proses percetakan tidak termasuk hari sabtu, ahad dan cuti umum.

18. Pihak kami berhak menggunakan kad kahwin yang telah kami hasilkan untuk tujuan promosi dan juga sebagai contoh kad untuk ditunjukkan kepada pelanggan kami yang lain.